

Berita baik buat kaki game di Malaysia!!! Permainan yang menjadi kegilaan pada ketika ini, Honkai Impact 3 kini tersedia untuk dimuat turun di HUAWEI AppGallery bagi semua pengguna peranti HUAWEI dan HONOR.
HUAWEI AppGallery berkerjasama dengan miHoYo yang merupakan pemaju permainan Cina telah menyertakan Honkai Impact 3. Permainan ini merupakan permainan aksi yang kian mendapat tempat yang mana ia disertakan dengan grafik yang sangat baik. Permainan ini telah menarik ramai pemain dari seluruh dunia sehingga mencatatkan 10 juta muat turun.

Dengan kerjasama ini dilihat dapat menarik lebih ramai peminat bagi permainan Honkai Impact 3. HUAWEI turut merancang melebarkan servis permainan ini kepada pemain Asia Pasifik.
Bagi meraikan pelancaran ini, HUAWEI dan miHoYo akan memberikan kepada pemain hadiah istimewa. Kesemua peminat Honkai Impact 3 boleh menebus Honkai Impact Gift Pack dari HUAWEI AppGallery Gift Center.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang HUAWEI . Anda juga boleh melawat Facebook rasmi group peminat HUAWEI Mobile Servises dengan klik di sini.

