
Selepas Ini Stories Di Instagram Boleh Dikongsi Di WhatsApp Status

Instagram Stories yang meniru ciri memuat naik gambar atau video perkongsian 24 jam daripada Snapchat kini lebih mendapat sambutan dengan 300 juta pengguna aktif sehari. Jika sebelum ini Instagram Stories boleh dikongsi terus ke Facebook, kini terdapat segelintir pengguna di Brazil sudah boleh berkongsi Stories mereka ke platfom sosial WhatsApp.
Pengguna bertuah yang dapat menikmati ciri ini boleh memuat naik Stories mereka dengan menekan butang Share di Instagram seterusnya memilih WhatsApp dan menekan butang Send untuk menerbitkan Stories tersebut. Cara ini memudahkan pengguna untuk memuat naik Stories dalam satu masa ke beberapa platfom laman sosial.
Buat masa ini Facebook tidak mengulas lanjut bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna seluruh dunia tetapi kemungkinan ia akan berlaku dalam tahun ini.

