iPhone 7 & iPhone 7 Plus Akan Tiba di Malaysia Pada Bulan Oktober?!

2Pasti ramai yang ternanti-nanti iPhone 7 dan 7 Plus tiba secara rasmi di pasaran Malaysia bukan? Terdapat khabar angin mengatakan iPhone 7 dan 7 Plus yang baru sahaja diperkenalkan pada awal bulan September akan tiba di Malaysia secara rasmi pada hujung bulan Oktober ini.

Laman GEMFIVE Malaysia dilihat telah mula membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model terbaru Apple ini dan dikhabarkan ia adalah set rasmi Malaysia dan turut dijamin oleh Apple Malaysia. Pra-tempahan ini dijual sendiri oleh GEMFIVE dan bukannya dari pekedai lain seperti sebelumnya. GEMFIVE turut menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah 0% bagi yang berminat untuk membeli iPhone 7 dan 7 Plus secara ansuran.

3Bukan itu sahaja, GEMFIVE juga menyediakan kod kupon ‘MORE12’ yang memberikan diskaun sebanyak RM250 untuk setiap pembelian iPhone 7 mahupun iPhone 7 Plus. Kesemua warna yang diperkenalkan boleh ditempah kecuali Jet Black. Menurut laman pra-tempahan tersebut, harga rasmi bagi iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia seperti berikut.

iPhone 7

  • (32GB) – RM 3,199
  • (128GB) – RM 3,699
  • (256GB) – RM 4,199

iPhone 7 Plus

  • (32GB) – RM 3,799
  • (128GB) – RM 4,299
  • (256GB) – RM 4,799
You might also like