Pra-Tempahan Xiaomi Xiaomi Watch Lite Bermula Hari Ini Pada Harga RM199!!!

Xiaomi kini telah mengumumkan kehadiran satu lagi peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Mi Watch Lite yang mana ia dijual pada harga RM249 di kedai rasmi Xiaomi di Lazada bermula pada 20 Disember.

Pra-tempahan secara atas talian pula boleh dilakukan mulai hadir ini pada harga RM199 sahaja di Lazada!!

Peranti ini hadir dengan GPS terbina dan fungsi tekanan udara dan altitut yang mana anda boleh menjejak informasi sama ada ketika anda berlari, berbasikal, berenang atau hiking. Ia turut hadir dengan 11 workout modes antaranya larian outdoor, treadmill, berbasikal dan sebagainya.

Hadir dengan skrin 1.4″ dan disertakan dengan kapasiti bateri 230mAh yang boleh bertahan sehingga 9 hari. Ia hadir dalam 5 warna iaitu hitam, biru, hijau, putih dan pink.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Xiaomi, Facebook or Instagram

You might also like