
Aplikas Driving Barista Memberikan Kopi Percuma Jika Tidak Menggunakan Smartphone Ketika Memandu?!
Ia bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi di negara matahari terbit, Jepun di mana daerah Aichi Prefecture telah mencatatkan kadar kematian jalan raya paling tinggi di negara matahari terbit ini. Jadi, Driving Barista akan memberikan minuman kopi percuma kepada pemandu yang tidak menggunakan smartphone dalam jarak pemanduan sekurang-kurangnya 100 kilometer (km).
Tiga buah syarikat gergasi iaitu Toyota Motor Corporation, Komeda Co Ltd dan juga KDDI Corporation telah bekerjasama untuk menghasilkan aplikasi Driving Barista untuk peranti Android dan iOS. Sekiranya Driving Barista mengenal pasti pemandu itu tidak memegang smartphone dalam jarak pemanduan lebih daripada 100 kilometer, ia akan menghadiahkan kupon percuma untuk pemandu menebus kopi mereka di Komeda Coffe Shop.
Satu langkah yang bagus untuk mengelakkan pemandu menggunakan smartphone ketika memandu. Mungkin di Malaysia juga boleh menggunakan aplikasi sebegini untuk keselamatan jalan raya bersama suatu hari nanti!
https://www.youtube.com/watch?v=2e-fnkIF8Dk

