OPPO F9 – Hadir Bersama Dwi Kamera Utama 16MP + 2MP Luar Biasa

1636
- Iklan -

Setelah berita pengesahan OPPO F9 bakal dilancarkan pada bulan Ogos ini, semakin banyak info spesifikasi didedahkan. Selain rekaan paparan skrin berbentuk titisan air menjadi perbualan orang ramai, penggunaan warna cerun (gradient color) pada panel belakang OPPO F9 juga salah satu pembaharuan pada peranti OPPO.

Rekaan panel belakang dengan tiga warna pilihan iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple.

Di samping sokongan pengecasan pantas VOOC sedia ada pada OPPO F9, spesifikasi kamera turut didedahkan dengan penawaran dwi kamera utama 16MP + 2MP yang  membolehkan anda mengambil gambar potret setanding gambar profesional.

Menurut OPPO, gambar potret yang diambil dengan kamera utama F9 mempunyai hasil yang sangat terperinci dan boleh setanding dengan gambar studio.