Game Of Thrones Memegang Takhta Cetak Rompak

got21Game Of Thrones merupakan siri televisyen popular yang diangkat dari karya George R.R. Martin, siri tersebut mempunyai jumlah peminat yang sangat besar dari pelbagai pelusuk dunia. Populariti itu secara tidak langsung menjadikan siri tersebut menjadi rancangan televisyen yang paling banyak dicetak rompak bagi 4 tahun berturut-turut.

Menurut data dari Torrent Freak, episod Games Of Thrones telah dimuat turun secara haram sebanyak 14.4 juta salinan. Statistik tersebut sangant mengagumkan kerana ia hanya berdasarkan kiraan muat turun melalui servis torrent, tidak termasuk dengan tontonan atas talian secara haram. Angka muat turun tersebut adalah dua kali ganda lebih besar dari The Walking Dead yang diletakkan di tempat kedua dengan 6.9 juta muat turun, diikuti siri komedi The Big Bang Theory.

You might also like