Samsung Memperkenalkan Cip Pemproses Bio Untuk Peranti Wearable

Samsung sedia terkenal dalam arena pengeluaran cip, kini sekali lagi memperkenalkan cip pemproses terbaru yang diberi nama Samsung Bio-Processor. Cip tersebut akan digunakan khas di dalam peranti wearable, bakal menerima fungsi dan keupayaan baru tanpa perlu perkakasan berasingan, menjadikan peranti wearable yang menggunakan cip tersebut lebih kecil dan ringan.

Smart-Bio-Processor

Selain menawarkan fungsi normal seperti monitor denyutan jantung, cip tersebut juga berupaya memberikan data seperti jumlah lemak, berat rangka dan otot, ritma jantung, suhu kulit dan kadar tekanan. Nampaknya masa depan pasaran peranti wearable semakin menarik dengan pelbagai pembangunan fungsi dan teknologi yang sedang giat dijalankan.

You might also like