Beberapa Unit Samsung Galaxy Note8 Menerima Kemas Kini Android Oreo

Nampaknya Samsung sudah mengeluarkan kemas kini Android 8.0 Oreo ke peranti flagship mereka iaitu Galaxy Note8. Salah seorang yang berada di Reddit mengesahkan perantinya sudah menerima kemas kini rasmi ini.

Memandangkan ujian beta Android Oreo pada Samsung Galayx S8 dan S8+ akan berakhir pada 15 Januari minggu hadapan, ini bermakna para pengguna peranti flagship Samsung tidak jauh dengan tarikh ia akan dikeluarkan secara rasmi.

Nombor binaan pada kemas kini rasmi Android Oreo pada Galaxy Note8 tertera dengan kod R16NW.N950FXXU2CRA1.DM. Mengikut pengguna yang sudah mengemas kini, mereka mendapati sejumlah perubahan telah dilakukan antaranya notifikasi berwarna, kategori notifikasi, Bluetooth, audio codec berkualiti tinggi, pengurusan kata laluan aplikasi pra-pasang dan pihak ketiga menggunakan Samsung Pass, kemas kini pada papan kekunci, ciri keselamatan fail dan beberapa ciri lain lagi.

Menariknya, varian yang menerima kemas kini ini ialah Exynos (N950F) seperti mana anda di Malaysia kini sedang gunakan. Adakah anda terpilih dalam kalangan pengguna bertuah ini?

Sumber

You might also like