Adakah HTC “Ocean” Akan Dikenali Sebagai HTC U?

HTC Ocean? HTC U?

Baru-baru ini ada khabar angin memberitahu bahawa HTC akan melancarkan Snapdragon 835, kemungkinan flagship tahun 2017 terbaru daripada HTC juga akan diberi nama HTC U?

Ciri menarik yang dinyatakan ialah Edge Sensor, ciri tersebut membolehkan anda mengaktifkan fungsi yang berbeza melalui sentuhan tekanan di bahagian sisi peranti terbabit. Selain itu, anda boleh menyelaraskan tekanan tersebut supaya anda tidak tertekan apabila memegang atau peranti tersebut berada di dalam poket. Mengikut laman tersebut anda juga boleh membuka kamera atau Google Assistant dan lain-lain fungsi melalui Edge Sensor.

Hasil gambar HDR+

Ketirisan gambar lain juga menampakkan HTC U ini menyediakan empat microphone membolehkan rakaman suara 3D untuk mewujudkan bunyi surround sound effect dan Hi-Res Audio. Tambahan lagi, teknologi Boom Sound sentiasa dititik beratkan dan tidak pernah dilupakan untuk diletakkan di kebanyakan peranti HTC.

Snapdragon 835

Pada masa yang sama, HTC U ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 835 sama seperti Samsung Galaxy S8. RAM tidak pasti sama ada 4GB atau 6GB, paparan 5.5 inci QHD serta kapasiti bateri sebanyak 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas, diikuti port USB Type-C malangnya tidak mempunyai port 3.5mm headphone jack. Beralih ke memori dalaman pula, ia didatangkan dengan 64GB ataupun 128GB, Android Nougat 7.1 menjadi sistem operasi peranti. Sistem mengimbas cap jari pula berada pada butang Home.

You might also like