
BabyBump Pregnancy Pro
Bagi yang sedang hamil tetapi tidak tahu aplikasi apa yang bagus untuk memantau tahap kesihatan sepanjang kehamilam, apa kata anda mencuba aplikasi yang diberi nama BabyBump Pregnancy Pro. Ia sebuah aplikasi yang akan memantau tahap kesihatan anda semasa hamil, di samping menyediakan menu berkhasiat serta seimbang setiap hari bagi menjaga kesihatan anda dan bayi. Bukan itu sahaja, BabyBump Pregnancy Pro akan memaparkan butiran tentang saiz dan berat bayi anda.
Terdapat juga forum kehamilan, di mana anda boleh berkongsi tip mahupun meminta pandangan daripada ibu bapa di seluruh dunia. Lebih menarik lagi, terdapat sehingga 25 ribu nama yang sesuai untuk dipadankan dengan bayi dalam kandungan anda.
Muat Turun
- RM 0
- Berbeza pada setiap peranti
- Berbeza pada setiap peranti
- RM 0
- 53 MB
- iOS 7.0 dan ke atas