
PosterLabs
Aplikasi popular yang terdapat di dalam kategori fotografi dan mendapat sambutan oleh pengguna iPhone pastinya PosterLabs. Aplikasi ini mampu membuatkan gambar yang diambil biasa-biasa sahaja kelihatan lebih menonjol berbanding sebelumnya dengan hanya menggunakan susun atur teks typographic.
Terdapat sebanyak 50 jenis typographic yang boleh digunakan dan 100 jenis font yang berbeza dihasilkan daripada pereka terkemuka dunia boleh anda gunakan. Selain itu, gabungan reka bentuk, corak serta warna juga benar-benar menghasilkan gambar cantik dan menonjol. Anda juga boleh meletakkan watermark/logo sendiri dan kongsikan hasil gambar ke laman Facebook, Twitter dan juga Instagram.
Muat Turun
- RM 0
- 20 MB
- Android 2.3 dan ke atas
- RM 0
- 37 MB
- iOS 7.0 dan ke atas