
Assistive Easy Touch
Assistive Easy Touch merupakan aplikasi yang membolehkan anda untuk mengawal peranti Android dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu menggunakan butang kawalan tipikal Android.
Konsep persembahan yang diilhamkan dari peranti iOS ini walau bagaimanapun telah diperbaiki keupayaannya untuk menyokong lebih banyak fungsi menarik. Selain digunakan untuk menggantikan butang kawalan tipikal Android, anda juga boleh menggunakannya untuk mengunci peranti, mengawal tahap kekuatan speaker atau menukar mod bunyi, mengosongkan penggunaan RAM, membuka pelbagai aplikasi dan sebagainya.
Muat Turun
- RM 0
- 3 MB
- Android 4.1 dan ke atas