Rasmi!! Xiaomi Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] berharga RM499 & Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] RM899

Sebelum ini, eRing ada memberitahu mengenai pelancaran dua varian terbaru Redmi 5 dan 5 Plus yang akan diperkenalkan hari ini. Kini Xiaomi dengan rasminya telah menambah dua lagi model baru untuk anda iaitu Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] dan Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] yang dijual pada harga RM499 dan RM899.

Xiaomi terlebih dahulu memperkenalkan Redmi 5 [RAM 3GB/32GB] serta Redmi 5 Plus [RAM 3GB/32GB] yang boleh dibeli dengan harga RM679 dan RM749.

Masih mengekalkan spesifikasi yang sama, cuma ia menawarkan lebih banyak pilihan memori untuk anda. Xiaomi Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] dan Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] boleh di beli di Lazada bermula hari ini.

You might also like