
[Tertiris] Xiaomi Mi Max 3 Sokong Pengecasan Tanpa Wayar & Pengimbas Mata?!
Pada Disember yang lepas, terdapat khabar angin yang mengatakan Xiaomi Mi Max 3 bakal diperkenalkan dengan paparan skrin sebesar 7.0 inci bersama bateri berkapasiti 5,500mAh. Terbaru, peranti ini bakal ditawarkan dalam dua varian pemproses iaitu Snapdragon 660 serta Snapdragon 630.
Melalui firmware yang didapati oleh pihak XDA-Developers, terdapat beberapa info baru mengenai Xiaomi Mi Max 3 akan datang. Apa yang menariknya, kemungkinan besar Mi Max 3 akan menyokong pengecasan tanpa wayar yang memudahkan pengguna mengecas peranti mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi kejutan daripada firmware tertiris yang mana Xiaomi mungkin akan menyertakan sekali teknologi pengimbas mata pada phablet ini. Namun buat masa sekarang, masih belum ada sebarang maklumat rasmi dari Xiaomi.

