Energizer Power Max P16K Bakal Dilancarkan Dengan Bateri Sebesar 16,000mAh?!

Walaupun kebanyakan telefon pintar sekarang dibekalkan dengan bateri yang besar, masih terdapat masalah mengenai kehabisan bateri terutamanya bagi pengguna tegar telefon pintar. Oleh itu, Energizer sebuah pengeluar bateri terkenal telah memperkenalkan telefon pintar baru yang diberi nama Power Max P16K.

Istimewanya, peranti ini bakal menawarkan bateri sebesar 16,000mAh. Menurut sumber, telefon pintar yang akan dilancarkan di MWC 2018 minggu depan ini menampilkan paparan skrin bersaiz 5.99 inci dengan resolusi 2160×1080 piksel, dikuasakan oleh MediaTek Helio P25 yang diserikan dengan RAM 6GB serta 128GB ROM.

Power Max P16K juga menyokong dwi kamera utama 13 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera depan untuk penggambaran swafoto pula beresolusi 8 Megapiksel. Energizer juga menjanjikan rekaan peranti ini masih nipis iaitu 10mm, walaupun dibekalkan dengan bateri yang besar.

Sumber

You might also like