
Samsung Menyambung Semula Kemas Kini Android Oreo Untuk Samsung Galaxy S8
Sebelum ini Samsung telah menangguhkan dahulu kemas kini Android Oreo untuk Galaxy S8 dan S8+ kerana didapati kerap reboot melalui kemas kini terbarunya. Hari ini, Samsung telah menyambung semula kemas kini dengan firmware baru dan telah mula diterima oleh pengguna Samsung Galaxy S8 di Jerman.
Saiz muat turun kemas kini dengan firmware G950FXXU1CRB7 dan G955XXU1CRB7 adalah sekitar 531 MB bagi mereka yang telah mengemaskini peranti ke Android Oreo sebelum ini. Manakala bagi mereka yang mengemaskini dari Android Nougat, saiz muat turun lebih besar.
Pengguna di Malaysia harap bersabar kerana kemas kini terbaru ini akan diterima dalam masa terdekat. eRing nak tanya, adakah pengguna Samsung Galaxy S8 di Malaysia juga mengalami masalah yang sama?

