Temui Microsoft Surface Pro X, Pra-Tempahan Bermula 9 Jan Pada Harga Bermula RM4,599

Setelah lama menunggu Microsoft Surface Pro X, akhirnya komputer riba berkuasa tinggi ini sampai juga di pasaran tempatan pada Tahun Baru 2020 ini.

Mulai esok 9 Jan, sesi pra-tempahan akan dibuka dan jualan rasmi pula bermula 17 Jan 2020, Surface Pro X ini ditawarkan pada harga bermula RM4,599.

Surface Pro X menggunakan paparan skrin PixelSense bersaiz 13 inci, ia boleh digunakan sebagai komputer riba atau tablet mengikut kebiasaan anda. Rekaan yang nipis dan ringan selain memudahkan kerja di mana-mana sahaja, juga tidak membebankan untuk membawanya.

Dilengkapi dengan cip pemproses Microsoft SQ1 dan GPU Adreno 685 yang mana merupakan kerjasama Microsoft dan Qualcomm, memori dalaman dibekalkan pilihan 8GB/16GB LPDDR4x RAM serta storan SSD sebesar 128GB/256GB/512GB.

Surface Pro X yang menggunakan Windows 10 Home ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 13 jam, satu lagi ciri menarik adalah ia menyokong rangkaian LTE selain sambungan USB Type-C, serta papan kekunci khas untuk mengecas Surface Pen secara wireless.

BACA JUGA:

Barisan Produk Microsoft Surface Diperkenalkan – Harga Bermula RM4,499

 

 

You might also like