honor 9 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Mac 2018

Sebelum ini, honor Malaysia telah memaparkan gambar teaser sebuah peranti baru yang dilengkapi dengan 4 buah kamera. Terkini, mereka telah menjemput eRing untuk menghadiri pelancaran peranti baru iaitu honor 9 Lite pada 6 Mac 2018 ini.

Dwi kamera 13 MP + 2 MP untuk swafoto

Selain memfokuskan kepada 4 buah kamera beresolusi 13 MP + 2 MP untuk kamera utama dan depan, honor 9 Lite juga dikuasakan oleh Kirin 659, Octa Core 2.36GHz serta RAM 3GB dan storan 64GB. Menampilkan paparan skrin penuh FHD+ berukuran 5.65 inci, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari yang pantas, hanya 0.25 saat sahaja.

Pengimbas cap jari yang pantas, 0.25 saat sahaja

Melihat kad jemputan yang dihantar, honor Malaysia dijangka akan menawarkan honor 9 Lite secara eksklusif untuk Shopee terlebih dahulu. Ingin mengetahui harga peranti ini, jangan lupa tanda di kalendar ya!

You might also like