Huawei MediaPad M5 10 (Pro) – Sokong Paparan Skrin Dengan Nisbah 16:10 & RAM 4GB

Walaupun permintaan terhadap tablet agak perlahan, tetapi Huawei mencatat pertumbuhan sebanyak 28% pada tahun 2017. Terbaru, Huawei kini sedang merancang untuk mengeluarkan tablet terbaru mereka dalam masa terdekat, mungkin pada MWC 2018 ini.

Menurut Roland Quandt di Twitter, tablet baru yang diberi nama MediaPad M5 10 (Pro) akan hadir dengan kerangka logam sepenuhnya serta menampilkan paparan skrin 10 inci dengan nisbah 16:10 beresolusi 2560×1660 piksel. Malah ia turut dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB.

Pada bahagian depan pula telah dilengkapi dengan butang Home yang juga berfungsi sebagai butang pengimbas cap jari. Sayangnya, MediaPad M5 10 (Pro) masih lagi menggunakan kabel microUSB dan bukannya USB Type-C. Buat masa sekarang, tidak banyak spesifikasi yang didedahkan. Tunggu sahaja pelancaran rasminya tidak lama lagi.

You might also like