Xiaomi Redmi 5 & Redmi 5 Plus Kini Tiba Di Pasaran Malaysia

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan harga telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus. Ia adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang ditawarkan pada harga RM679 untuk Redmi 5 dan RM749 bagi Redmi 5 Plus.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan rekaan skrin hadapan hampir penuh berukuran 5.7 inci dan 5.99 inci. Dari segi penggambaran pula, Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dibekalkan dengan kamera utama 12 Megapiksel, manakala kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel dengan ciri-ciri Beauty 3.0 serta LED Selfie-light.

Xiaomi Redmi 5

Hadir dengan pilihan warna hitam, emas dan biru, kedua-duanya hanya ditawarkan dalam variasi 32GB + 3GB. Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus ini menerusi kedai rasmi Xiaomi di Lazada serta pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia bermula 7 Februari 2018.

Xiaomi Redmi 5 Plus

Xiaomi turut memberitahu Redmi 5 dengan memori 2GB RAM + 16GB serta Redmi 5 Plus dengan memori 4GB RAM + 64GB akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi.

You might also like