HONOR 9X Pro Rasmi – Sokong Kirin 810 + Storan Simpanan Lebih Besar

Seperti dijanjikan, HONOR memperkenalkan HONOR 9X Pro secara global. HONOR 9X Pro dipadankan dengan sejumlah spesifikasi serba baharu yang lebih berkuasa dengan tampilan rekaan menawan. Mari kita lihat apa yang menarik!

HONOR 9X Pro membawakan paparan bersaiz 6.59” HONOR FullView Display IPS LCD dengan resolusi FHD+. Nisbah skrin ke badan mencecah sehingga 91% dengan binaan bezel yang nipis. Sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi peranti yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

Untuk dalaman, HONOR 9X Pro menggunakan cip pemproses baru iaitu Kirin 810 yang dibina berasaskan rekaan 7nm. Untuk memori, ia dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, ia juga menyertakan fungsi seperti GPU Turbo 3.0 bersama teknologi Liquid Cooling System untuk pengalaman gaming sempurna.

Untuk kamera, HONOR 9X Pro menggunakan sokongan kamera utama 48MP (utama) (f/1.8) + 8MP (Super Wide-Angle) (f/2.4) + 2MP (Depth) (f/2.4) dan kamera swafoto dengan rekaan pop-up sebesar 16MP. Menariknya, kamera ini didatangkan sejumlah fungsi menarik seperti AIS Super Night Mode 2.0 dan banyak lagi.

Melengkapi peranti bateri berkapasiti 4,000mAh dengan port pengecasan USB-C. Sebagai tambahan, ia juga menyokong teknologi Virtual 9.1 Surround Sound. Tersedia dalam warna menarik seperti Phantom Blue, HONOR 9X Pro ditawarkan pada harga  €249 (~RM1,144).

You might also like