
HONOR View 30 Pro Rasmi! Sokong Kirin 990 5G + Bateri Besar Dengan Pengecasan Pantas 40W
Seiring pelancaran HONOR 9X Pro, syarikat tersebut turut muncul dengan peranti 5G pertama mereka – Honor View30 Pro untuk pengguna global. HONOR View 30 Pro didatangkan dengan paparan berukuran 6.57″ dengan resolusi FHD+ bersama paparan berlubang. Paparan ini didatangkan dengan perlindungan TUV bertujuan untuk keselesaan mata pengguna.
HONOR View 30 Pro dikuasakan oleh cipset Kirin 990 5G dengan binaan 7nm + EUV yang mana menyokong rangkaian 5G dual-mode SA / NSA. Untuk memori ia dibantu oleh memori 8GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB ROM.
Untuk persediaan kamera, ia membawakan kamera utama dengan lensa 40MP (f/1.7) + 12MP (f/2.2) + 8MP (f/2.4) + Laser Autofocus. Kamera SuperSensing 40MP pada HONOR View 30 Pro dilengkapi dengan pelbagai penapis RYYB baru dengan aperture f/1.6 yang besar bagi membolehkan banyak cahaya untuk masuk – ISO sehingga 409600. Untuk kamera selfie pula, ia membawakan sokongan dwi lensa sebesar 32MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2).
Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W HONOR SuperChage. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar 27W dan pengecasan berbalik. Untuk pengalaman ekosistem penuh, siri Honor View30 dapat dihubungkan secara lancar dengan produk Honor’s IoT lain seperti Honor MagicBook dan sebagainya. Ketersediaan adalah bermula bulan Mac kelak.