LG G4 Sudah Menerima Kemas Kini Android Nougat

Setelah hampir dua tahun LG G4 diperkenalkan, terbaru, peranti itu sudah mula menerima kemas kini Android Nougat. Namun ia hanya boleh dimuat turun pengguna di Korea Selatan sahaja, manakala pengguna di negara lain masih belum diperluaskan.

Oleh kerana itu, setiap pengguna yang ingin mengemas kini perlu melakukannya melalui aplikasi LG Bridge dan bukan melalui OTA (on the air) seperti kebiasaan. Bagaimanapun, jika anda salah seorang pengguna model F500S, F500L, atau F500K, anda boleh memuat turunnya bermula hari ini. Ketersediaan untuk memuat turun melalui OTA dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

You might also like