
Huawei Menjual Telefon Pintar Lebih Tinggi Berbanding Apple Pada Disember Tahun Lepas

Tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Huawei ini adalah benar, kerana Huawei antara syarikat besar yang sudah lama bertapak di pasaran antarabangsa. Gergasi ketiga selepas Samsung dan Apple ini mendakwa mereka sepatutnya berada di kedudukan kedua kerana penjualan telefon pintar dikeluarkan olehnya lebih tinggi berbanding Apple.
Menurut Pengarah Pusat Huawei India, Allen Wang, Huawei telah mencapai jualan pasaran 13.2% pada bulan Disember berbanding Apple hanya 12% sahaja. Tambah beliau, jenama Honor di bawah Huawei adalah jenama atas talian nombor satu di dunia dengan 74 negara telah menjualnya.