Facebook Giat Membangunkan Telefon Modular

Facebook baru-baru ini dilihat sedang membangunkan telefon modular disamping mereka juga telah menghantar beberapa permohonan hak paten rekaan sebuah modular yang boleh digunakan sebagai telefon.

Jika sebelum ini kedengaran Project Ara cuba membangunkan peranti sebegini, namun mereka yang berkerja disebalik Project Ara kini dilihat berlegar-legar di dalam makmal penyelidikan Facebook, Building 8.

Contoh paten yang difailkan oleh Facebook

Berikutan khabar angin yang tersebar, pasukan Facebook tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya, malah, menurut sumber terdekat Facebook, kakitangan di Building 8 kini sedang berusaha membangunkan kamera cutting-edge dan teknologi pembelajaran mesin.

Disamping itu, melalui paten yang difailkan kepada AS, peranti modular tersebut boleh dijadikan sebagai pembesar suara Alexa atau sebagai telefon. Kemungkinan juga, peranti ini akan berhubung dengan pelayan serta dimuatkan dengan beberapa jenis perisian yang berbeza mengikut perkakasan yang ditukar.

Jika ini menjadi batu loncatan kepada Facebook di masa akan datang, tidak mustahil mereka akan mengeluarkan produk elektronik selepas ini.

You might also like