DXOMark : Xiaomi Mi MIX 2S Menerima Skor 97 – Setanding Dengan iPhone X

Peranti manakah dengan kemampuan kamera terbaik di pasaran? Mengikut pandangan DXMark, takhta raja penggambaran ini milik Samsung Galaxy S9+ yang mencatatkan sebanyak 99 markah pada Februari 2018. Tetapi jangan terkejut dengan markah DXO Mark untuk Xiaomi Mi MIX 2S ialah 97 markah dan ia setanding dengan model iPhone X dan juga Huawei Mate 10 Pro.

Bagi rakakaman gambar pula, Mi MIX 2S mencatatkan 101 markah manakala untuk video pula ialah 88 markah. Walaupun markah ini lebih rendah berbanding Samsung Galaxy S9+, Xiaomi Mi MIX 2S tergolong di dalam kumpulan empat telefon pintar dengan kemampuan kamera terbaik di pasaran.

Sumber

You might also like