Kemas Kini iOS 11.3 Kini Sedia Dimuat Turun

Hari ini Apple mengeluarkan kemas kini terbaru iOS 11.3 menggantikan iOS 11.2.5 untuk pengguna iPhone di Malaysia. Kemas kini terbaru ini melihatkan sokongan bateri yang lebih baik. Di samping itu, ia juga membaiki beberapa isu serta penambahbaikan pada versi iOS sebelum ini.

Kemas kini iOS 11.3 memperkenalkan beberapa ciri baru seperti Health Records, ARKit 1.5, rekaan animoji terbaru, Battery Health dan banyak lagi. Kali ini Apple hadir dengan empat animoji baru iaitu Naga, Beruang, Tengkorak dan juga Singa.

Terdapat empat animoji baru

Manakala ciri Health Records pula diperkenalkan untuk memberi kesenangan kepada penguna mengakses rekod-rekod kesihatan bagi tujuan di masa hadapan.

Battery Health

Kemas kini ini memerlukan ruang storan melebihi 708.9MB. Jadi anda disarankan supaya melakukan proses muat turun dengan sambungan Internet yang stabil atau terus lakukan di iTunes.

Di antara model yang menerima kemas kini iOS 11.3 adalah iPhone 5s dan ke atas, semua model iPad Air dan iPad Pro, iPad Generasi ke-5, iPad mini 2 dan juga iPod touch Generasi ke-6.

You might also like