
Hasil Ujian OnePlus Z Ditemui Di Geekbench??
Pasti ramai yang ternanti-nantikan ketibaan peranti OnePlus Z yang dikhabarkan bakal dilancarkan pada bulan Julai ini. Namun ada sesuatu yagn menarik apabila maklumat peranti ini telah hadir di Geekbench.

Menurut maklumat yang terdedah, peranti ini mencatatkan 612 mata dalam single core dan 1955 mata bagi multi core.
Dikatakan peranti ini bakal tampil dengan pemproses Snapdragon 765G dan dipadakan dengan 12GB RAM.
Jadi sama-sama kita nantikan kesahihannya.

