Instagram Melancarkan Fungsi Siaran Video Secara Langsung

2Masih ingat sebelum ini kita ada menyiarkan berita mengenai Instagram sedang mencuba fungsi video secara langsung? Hari ini, Instagram telah melancarkan fungsi siaran video secara langsung kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Kemas kini aplikasi versi 10.2 (iOS) memberikan pengguna fungsi Live Video yang boleh diakses dengan fungsi swipe dari sisi kanan menu utama. Kemudian pengguna dapat melihat menu terbaru dengan label “Live”. Rakan dan pengikut akaun Instagram akan dapat melihat notifikasi apabila anda melancarkan video secara langsung.

1Perlu diingat bahawa mana-mana klip video dari ciri penstriman langsung ini tidak boleh disimpan pengguna lain secara langsung dari dalam aplikasi, namun masih ada risiko tersembunyi bahawa video anda akan dirakam/disimpan melalui aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi rakaman skrin. Selain Instagram, platform sosial lain juga telah menawarkan fungsi siaran video secara langsung sebelum ini seperti Periscope Twitter, Facebook Live, YouTube dan banyak lagi.

Setakat ini, tidak ada berita rasmi bilakah ciri penstriman langsung akan ditawarkan untuk lebih ramai pengguna Instagram di luar Amerika Syarikat, tetapi kami akan pastikan anda semua mengetahuinya apabila ia siap digunakan di sini, janji anda follow kami di Facebook dan juga laman web.

https://www.youtube.com/watch?v=imdbLKmONrk

You might also like