ZTE Axon 7 Akan Menerima Android Oreo Tidak Lama Lagi

Semenjak Android Oreo dilancarkan pada Ogos yang lalu, terdapat banyak pengeluar mula menawarkan sistem operasi ini pada peranti terbaru mereka termasuklah ZTE. Walaupun pengeluaran ZTE Axon 7 dihentikan, para pengguna di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana syarikat China ini akan menawarkannya kepada anda tidak lama lagi.

Dalam pengumuman sendiri oleh ZTE, mereka kini sedang giat membangunkan sistem tersebut pada Axon 7 atas maklum balas yang positif daripada pengguna. Jadi untuk membalas semula sokongan tersebut, ZTE berikan Android Oreo yang akan boleh digunakan tidak lama lagi.

Menurut ZTE, Android Oreo untuk Axon 7 hampir ke peringkat yang terakhir, namun tiada tarikh yang khusus diumumkan.

Sumber

You might also like