Reviu Eksklusif: ZTE AXON 7, Spesifikasi Premium Pada Harga Menarik

zte-axon-7HARGA: RM 1,999

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang mempersoalkan harga jualan ZTE AXON 7 yang agak tinggi iaitu hampir mencecah RM2,000. Tetapi apabila dilihat pada sokongan spesifikasi yang ditawarkan, anda mungkin merasakan ianya berbaloi untuk dimiliki. Ini jelas dapat dilihat melalui rekaan kerangka unibodi logam yang dibangunkan di USA, hasil sentuhan kreatif daripada Designworks yang merupakan perunding rekabentuk global yang bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan kereta jenama BMW.

Malah ia turut digabungkan dengan spesifikasi premium seperti pemproses paling berkuasa Qualcomm Snapdragon 820, paparan skrin AMOLED 2K, sokongan speaker stereo berkualiti Dolby ATMOS dengan efek Dolby Digital Surround, kamera 20 Megapiksel dengan OIS, pengimbas cap jari yang sangat pantas, teknologi pengecas pantas dari Quick Charge 3.0 dan banyak lagi. Apa yang pasti, ZTE AXON 7 sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya bagi anda yang sangat mementingkan audio yang sangat berkualiti.

SPESIFIKASI

OS & UI
  • Android 6.0.1 Marshmallow
  • MiFavor UI 4.0
SLOT KAD
  • Dual SIM Dual Standby
  • Slot 1: nanoSIM
  • Slot 2: nanoSIM / microSD
RANGKAIAN
  • GSM 850/900/1800/1900
  • HSPA 850/900/1700/1900/2100
  • 4G LTE Cat6 (300/50 Mbps)
PEMPROSES
  • Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Quad Core Kryo
    (2x 2.15 GHz + 2x 1.6 GHz)
  • 14 nm Samsung FinFET LPP
  • Adreno 530 @ 624 MHz (GFlops 498.5)
MEMORI
  • ROM 64GB (UFS 2.0)
  • RAM 4GB (LPDDR4)
  • microSD sehingga 128GB
PAPARAN
  • 5.5 inci AMOLED
  • 1440 x 2560 piksel (538 ppi)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass 4
UKURAN
  • 151.7 x 75 x 7.9mm
  • 175g
SPEAKER
  • Dual Speaker Stereo
  • 32-bit / 192kHz audio
  • Dolby ATMOS
  • Dolby Digital Surround
  • Dual Cipset HiFi (AK4961 + AK4490)
  • Smart Power Amplifier (PA)
  • 5mm Audio Jack
KAMERA UTAMA
  • 20 Megapiksel
    (Samsung ISO-cell sensor)
  • Aperture f/1.8
  • Phase Detection Auto Focus (PDAF)
  • Optical Image Stabilization (OIS)
  • Electronic Image Stabilization (EIS)
  • Dual LED Flash
  • Rakaman video: 4K UHD (30fps), 1080p (30/60fps), 720p (120/240fps), 480p (300fps)
KAMERA DEPAN
  • 8 Megapiksel
  • Aperture f/2.2
  • Rakaman video: 1080p (30fps), 720p (30fps)
BATERI
  • Lithium Ion
  • 3250mAh
  • Quick Charge 3.0
  • Masa menunggu: sehingga 290 jam
  • Masa berbual: sehingga 24 jam
SAMBUNGAN
  • WiFi 802.11a/b/g/n/ac
  • Bluetooth 4.2
  • USB 3.0 (Type-C)
  • NFC
  • USB OTG
  • GPS, A-GPS, GLONASS
SENSOR
  • Accelerometer
  • Gyroscope
  • Proximity
  • Compass
  • Pengimbas Cap Jari
PILIHAN WARNA
  • Ion Gold
  • Quartz Grey

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak Pembungkusan
Kotak Pembungkusan
Aksesori
Aksesori
  1. ZTE AXON 7
  2. Silicone casing
  3. Buku manual / Waranti
  4. Earphone
  5. Adapter pengecas pantas
  6. Keychain dengan pin slot SIM
  7. Adapter microUSB ke USB Type-C
  8. Kabel USB Type-C

PERLINDUNGAN ISTIMEWA

AXON VIP Service
Dengan pembelian ZTE AXON 7, pemilik peranti ini akan turut ditawarkan dengan pakej perlindungan istimewa melalui program AXON VIP Service. Melalui program ini, pemilik ZTE AXON 7 akan menerima jaminan waranti tambahan selama satu tahun, selain daripada jaminan waranti satu tahun sedia ada. Selain itu, pemilik peranti ini juga boleh menukar paparan skrin sekali dalam tempoh 6 bulan pertama secara percuma. Malah ZTE AXON 7 yang rosak terkena air juga boleh dibaiki sekali secara percuma dalam tempoh 24 bulan pertama.

 

FIZIKAL

davSkrin AMOLED 2K

Skrin sentuh berukuran 5.5 inci ini kelihatan sangat berkualiti dengan sokongan paparan jenis AMOLED yang menjanjikan kontras yang sangat baik. Bahkan ia juga menyokong paparan 2K dengan resolusi yang mencecah sehingga 1440 x 2560 piksel dengan saiz bezel yang agak kecil.

 

 

 

davLensa Depan & Speaker

Rekaan lubang earpiece pada AXON 7 agak unik kerana ia juga sebenarnya berfungsi sebagai salah satu daripada dua speaker yang disokong. Bersebelahannya turut menempatkan sebuah lensa depan beresolusi 8 Megapiksel dan di bahagian bawahnya pula tersedia LED Notifikasi.

 

davButang Kawalan & Speaker

AXON 7 menyokong butang kawalan jenis sentuhan fleksibel kerana butang Back dan Recent Apps boleh diubah kedudukan mengikut kesesuaian anda. Namun begitu, kedudukan ketiga-tiga butang ini terlalu dekat dan tidak dilengkapi dengan lampu LED. Di bahagian ini juga kelihatan sebuah lagi speaker stereo.

 

davKamera Utama & Pengimbas Cap Jari

Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini telah menempatkan kamera beresolusi 20MP dengan sokongan Aperture f/1.8, OIS dan juga Dual LED Flash. Di bahagian bawah lensa itu turut menempatkan sensor pengimbas cap jari yang sangat pantas dan boleh digunakan untuk mengambil gambar.

 

davPort Audio & USB

Seperti biasa, bahagian atas kerangka telah disediakan dengan sebuah port 3.5mm audio jack serta lubang mikrofon, manakala bahagian bawah kerangka AXON 7 pula telah disediakan port USB Type-C dan juga lubang mikrofon.

 

slot-kad-butang-fizikalSlot Kad & Butang Fizikal

Kedua-dua bahagian sisi kerangka unibodi AXON 7 yang diperbuat daripada logam ini menampilkan rekaan melengkung, sekaligus memberikan rasa pegangan yang lebih baik. Pada sisi kiri, ia hanya disediakan dengan sebuah slot kad SIM jenis hibrid, manakala sisi kanannya pula dilengkapi dengan butang Volume serta Power.

 

 

MIFAVOR UI 4.0

Lockscreen Homescreen Notification AreaQuick Settings Kamera
• Lockscreen                • Homescreen              • Notification Area        • Quick Settings            • Kamera
2
• Dolby ATMOS             • Pemain Muzik             • Pemain Video             • Galeri                        • File Manager

 

MENGAPA PERLU MEMILIH ZTE AXON 7?!

#1. MEMORI PANTAS
lpddr4-vs-lpddr3
LPDDR4 vs LPDDR3
ufs-vs-emmc
UFS 2.0 vs eMMC 4.5

Sokongan ROM jenis UFS 2.0 pada ZTE AXON 7 sememangnya sangat pantas jika dibandingkan dengan sokongan ROM jenis eMMC. Bahkan berdasarkan kepada ujian yang dijalankan oleh kami, kepantasan UFS 2.0 adalah lebih 4x lebih baik berbanding eMMC 4.5. Ini juga dapat dilihat melalui kepantasan RAM LPDDR4 berbanding LPDDR3.

 

#2. AUDIO BERKUALITI

audioSekiranya anda merupakan seorang penggemar audio berkualiti tinggi atau Audiophile, ZTE AXON 7 merupakan pilihan yang terbaik kerana ia merupakan antara salah satu smartphone yang tampil dengan sokongan audio jenis 32-bit, berbanding hanya 24-bit pada kebanyakan smartphone premium yang lain. Lebih istimewa, sokongan teknologi Dolby ATMOS serta Dolby Digital Surround menjanjikan efek bunyi keliling yang jauh lebih realistik dan sangat kuat memandangkan ia dilengkapi dengan speaker stereo.

 

#3. PAPARAN AMOLED 2K

paparan-2kSaiz skrin yang besar berukuran 5.5 inci ini sememangnya kelihatan sangat berkualiti kerana ia dilengkapi dengan paparan jenis AMOLED 2K yang beresolusi tinggi mencecah sehingga 1440 x 2560 piksel. Tahap keterangan skrin serta kontras yang baik ini sememangnya sangat membantu apabila ia digunakan di bawah cahaya matahari yang terik. Apa yang pasti, pengalaman menonton atau memaparkan dokumen mahupun laman web pada AXON 7 merupakan antara yang terbaik di pasaran.

 

#4. KAMERA 20MP OIS

kameraJika kebanyakan smartphone premium di pasaran menyokong kamera beresolusi antara 12 hingga 16 Megapiksel, ZTE AXON 7 dilengkapi dengan kamera beresolusi 20 Megapiksel dalam format gambar 16:9 atau bersamaan 5952 x 3348 piksel. Tidak cukup dengan itu, ia juga menyokong ciri-ciri penggambaran yang baik seperti Aperture f/1.8 yang menjanjikan gambar yang lebih terang, penstabilan imej OIS, rakaman video 4K, dan juga pelbagai mod penggambaran seperti Slow Motion, Timelapse dan banyak lagi.

 

ZON UJIAN

ZON UJIAN 1: PERBANDINGAN SPESIFIKASI

spec

 

ZON UJIAN 2: BENCHMARK

5

 

ZON UJIAN 3 : BATERI

1Proses mengecas dimulakan ketika peratusan bateri tinggal 10%

2Selepas 30 minit dicas, peratusan bateri naik sebanyak 50% kepada 60%

3Selepas 1 jam dicas, peratusan bateri naik sebanyak 85% kepada 95%

4Bateri berjaya dicas penuh dalam tempoh 73 minit atau 1 jam 13 minit

HASIL GAMBAR

Indoor
Indoor

 

KELEBIHAH
  • Dengan harga di bawah RM2000, ia menyokong spesifikasi setanding jenama premium lain yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal.
  • Merupakan smartphone dengan kualiti audio terbaik di pasaran melalui sokongan speaker stereo, audio 32-bit/192kHz dan juga teknologi Dolby ATMOS dan Dolby Surround Sound.
  • Ketahanan bateri yang agak baik dan turut dilengkapi adapter pengecas yang sangat pantas iaitu Quick Charge 3.0 di dalam pakej pembelian.
KEKURANGAN
  • Reka bentuknya sememangnya kelihatan unik dengan sentuhan daripada BMW, tetapi mungkin ia tidak memenuhi citarasa sesetengah pengguna.
  • Walaupun menyokong ciri-ciri kamera yang sangat baik, kualiti hasil gambar masih tidak setanding kamera yang ditawarkan oleh Samsung ataupun iPhone.
  • Kedudukan butang kawalan Android jenis sentuhan diletakkan terlalu dekat dan tidak dilengkapi dengan lampu LED, sekaligus menyukarkannya digunakan di dalam tempat yang gelap.
You might also like