OPPO R7s & R7 Plus Terima ROM Project Spectrum Berasaskan Android Marshmallow

1271
- Iklan -

Marshmallow-Based Project Spectrum Comes to OPPO R7sBagi memberi lebih kebebasan kepada penggunanya, OPPO telah mengumumkan ketersediaan ROM Project Spectrum dalam versi beta untuk model R7s. Ini akan diikuti pula dengan model R7 Plus yang akan menerimanya pada 13 Mei ini.

Project Spectrum merupakan alternatif rasmi kepada ROM ColorOS yang diperkenalkan oleh OPPO dan ROM ini menawarkan pengalaman penggunaan yang hampir sama seperti ROM Android yang asal seperti yang boleh dilihat pada peranti Nexus.

Walau bagaimanapun, keistimewaan fungsi yang terdapat pada ColorOS akan dikekalkan pada ROM beta ini. Project Spectrum yang berasaskan kepada Android 6.0.1 Marshmallow ini turut dilengkapi dengan fungsi penjimatan bateri Doze Mode dan juga Google Now on Tap.

Sebagai rujukan, Project Spectrum sebelum ini sudahpun diperkenalkan untuk tiga peranti keluaran OPPO iaitu Find 7, R5 dan juga R7g (tersedia di Taiwan, Australia dan Singapura). Untuk memasang Project Spectrum pada R7s, pemilik peranti tersebut boleh melayari laman sesawang https://bit.ly/1Zba99G.

Sekiranya anda membeli peranti ini di kedai, pastikan anda menghubungi pihak penjual terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat berkaitan polisi jaminan waranti sebelum membuat pemasangan Project Spectrum ini pada R7s atau R7 Plus.