
Selaras dengan Kempen Online Revolution Lazada Malaysia, Flash Malaysia melancarkan satu tawaran eksklusif bersempena jualan Black Friday & Cyber Monday di Lazada. Pelanggan boleh menjimatkan sehingga RM124 apabila mereka membeli peranti Flash Plus 2 secara online bermula esok (25 haribulan) sehingga 28 November 2016.
Antara ciri-ciri unik Flash Plus 2 adalah teknologi pengecasan pantas, pengimbas cap jari dan audio HiFi, di samping itu ia dikuasakan pemproses Helio P10, skrin 5.5 inci dan sistem operasi Android Marshmallow. Flash Plus 2 membolehkan pengguna mengalami ciri-ciri premium pada harga berpatutan.
Anda mempunyai pilihan di antara dua warna – Luna Silver & Venus Gold, ia juga dilengkapi dengan 2 kapasiti RAM yang berbeza. Sempena jualan Black Friday dan Cyber Monday, model dengan 2GB RAM, 16GB ROM kini dijual pada RM479 (sebelum ini pada RM599), manakala 3GB RAM, 32GB ROM dijual pada harga RM605 (sebelum ini RM729).
Pastikan anda layari Lazada bermula esok sehingga 28 November dan cari “Flash Plus 2” pada bar carian untuk mendapatkan peranti ini pada harga istimewa.