Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy J5 (2016) & J7 (2016), Generasi Baru Peranti Bajet

j5-j7Pada tahun lalu Samsung memperkenalkan smartphone siri J pertama mereka yang mengetengahkan harga berpatutan, sambutan yang diterima oleh model-model siri J pada tahun 2015 sangat baik. Rekod jualan yang tinggi dan respon yang baik dari pengguna telah menyakinkan Samsung untuk tampil sekali lagi dengan siri J pada tahun ini dengan memperkenalkan Samsung Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) yang lebih matang, kemas dan berkualiti dari model sebelumnya.

Pada tahun ini, Galaxy J5 (2016) dan Galaxy J7 (2016) telah tiba dengan beberapa tambah baik berbanding model yang terdahulu. Kedua-dua model ini merupakan smartphone pertama bajet Samsung dibina dengan kerangka logam bagi mendapatkan keteguhan dan premium feeling pada peranti. Namun mampukah ia mencapai standard yang telah ditetapkan model terdahulu, ikuti ulasan kami.

SPESIFIKASI

Samsung Galaxy J5 (2016) Samsung Galaxy J7 (2016)
Dimensi 145.8 x 72.3 x 8.1mm 151.7 x 76 x 7.8mm
OS
Android 6.0.1 (Marshmallow)
Sokongan Rangkaian Dwi SIM (mikro SIM)
2G GSM, 3G WCDMA, 4G LTE FDD, 4G LTE TDD
Pemproses 1.2GHz Quad Core 1.6 GHz Octa-Core
Paparan 5.2 inci Super AMOLED
720 x 1280 piksel
5.5 inci Super AMOLED
720 x 1280 piksel
Memori RAM 2GB, ROM 16GB
Menyokong MicroSD sehingga 128GB
Kamera Kamera Utama 13 megapiksel
Kamera Hadapan 5 megapiksel
Sensor Accelerometer, Hall Sensor, Proximity Sensor
Sambungan USB 2.0, 3.5mm stereo, Bluetooth v4.1,
Smart Switch (PC version), NFC, WiFi Direct
Bateri 3100mAh 3300mAh
Warna Gold / Black / White
Harga RM 849 RM 799 RM 1049 RM 999

Seperti yang anda dapat lihat di dalam jadual spesifikasi, tidak banyak perbezaan di antara kedua-dua model dari siri J pada tahun ini. Perbezaan di antara J5 (2016) dan J7 (2016) adalah pada dimensi peranti, saiz paparan, cip pemproses dan bateri. Perbezaan ini meletakkan J7 (2016) lebih tinggi sedikit berbanding model J5 (2016).

 

REKAAN

(Kiri) Galaxy J5 (2016) (Kanan) Galaxy J7 (2016)
(Kiri) Galaxy J5 (2016) (Kanan) Galaxy J7 (2016)
(Kiri) Galaxy J5 (2016) (Kanan) Galaxy J7 (2016)
(Kiri) Galaxy J5 (2016) (Kanan) Galaxy J7 (2016)

 

Kerangka bahagian tepi dibina menggunakan besi
Kerangka bahagian tepi dibina menggunakan besi

Seperti yang telah disebutkan, Samsung memperkenalkan binaan kerangka besi pada smartphone bajet mereka tahun ini. Langkah yang sangat baik kerana pengguna pastinya menghargai binaan ini yang lebih teguh dan tahan lama berbanding kerangka plastik. Anda boleh lihat dan rasai kerangka besi ini pada bahagian tepi, manakala kepingan gelas dan plastik digunakan pada bahagian belakang dan depan peranti.

5Kedua-dua peranti menyokong fungsi dwi SIM dan untuk anda mengakses slot SIM tersebut, panel belakang boleh dibuka yang sekaligus mendedahkan komponen bateri boleh ganti di dalamnya. Kemasan peranti terasa agak licin apabila disentuh, namun ia amat mudah digenggam dan tidak mudah terlepas dari tangan.

(Kiri) Butang kuasa (Kanan) Butang volume

Bahagian sisi peranti menempatkan butang volume dan kuasa, kesemua butang tersebut berada pada posisi yang mudah dicapai walaupun smartphone dikendalikan dengan satu tangan. Panel hadapan pula menempatkan butang Home, tiada fungsi pengesan cap jari ditawarkan kepada kedua-dua peranti. Kesemua butang berada dalam keadaan baik dan tidak longgar.

(Kiri) Butang kuasa (Kanan) Butang volume

 

 

Bahagian belakang tidak rata sepenuhnya kerana lensa kamera tertimbul sedikit dari bahagian badan. Anda mungkin memerlukan casing sekiranya anda risau lensa kamera anda tercalar. Namun sepanjang editor menggunakannya tiada kesan calar yang didapati.

7Secara keseluruhannya, Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) ini tidak banyak berubah daripada model tahun lalu, hanya jenis binaan sahaja yang ditambah baik. Kerangka logam digunakan pada model tahun ini menggantikan kerangka plastik, memberikan peranti lebih keteguhan dan kepuasan ketika dipegang.

 

PAPARAN

1Skrin Super AMOLED sudah menjadi standard biasa bagi peranti berjenama Samsung, Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) juga dilengkapi paparan skrin tersebut yang disukai ramai pengguna kerana ia menghasilkan warna dan kontra yang lebih menonjol berbanding skrin IPS LCD. Paparan Galaxy J5 (2016) pada tahun ini lebih besar, 5.2 inci berbanding 5.0 inci pada model tahun lalu. Galaxy J7 (2016) pula masih menggunakan spesifikasi paparan yang sama, Super AMOLED 5.5 inci. Kedua-dua model pada tahun ini mempunyai resolusi paparan 720×1280 piksel.

 

2Dari segi kualiti paparan, kedua-dua peranti tidak mengecewakan. Kecerahan, warna dan kontra sangat baik memandangkan ia dari paparan jenis AMOLED. Namun, Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) tidak dilengkapi auto brightness sensor, ini bermakna anda perlu menala sendiri kadar kecerahan skrin. Ini sedikit sebanyak menyukarkan penggunaan seharian terutama sekali ketika bergerak dari kawasan indoor ke outdoor, kerana kita perlu menukar sendiri kecerahan skrin tersebut. Sekiranya paparan skrin masih sukar dibaca ketika anda berada di kawasan yang cerah, anda boleh mengaktifkan fungsi outdoors yang akan menaikkan secara drastik kecerahan skrin.

 

KAMERA

my-feature-galaxy-j5-2016-j510gn-sm-j510gzduxme-58575260Kedua-dua model menggunakan lensa kamera yang sama, berspesifikasi 13 megapiksel untuk kamera utama dan 5 megapiksel untuk kamera hadapan. Samsung juga melengkapkan kedua-dua kamera tersebut dengan sinaran lampu flash LED bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik ketika menangkap gambar di kawasan yang mempunyai cahaya terhad. Tetapan kamera masih sama dengan model terdahulu, kecuali model tahun ini mempunyai aperture f/1.9 pada kamera hadapan.

mod-kamera-j5
Mod kamera Galaxy J5 (2016)
mod-kamera-j7
Mod kamera Galaxy J7 (2016)

Walaupun mempunyai spesifikasi yang sama, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara dari segi kualiti gambar yang diambil dari Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016). Selain itu mod yang ditawarkan juga tidak sama pada kedua-dua model, Galaxy J7 (2016) dilengkapi mod HDR dan Night, menjadikannya pilihan yang lebih baik kepada mereka yang mementingkan kualiti kamera dan gambar.

 

 

HASIL GAMBAR

Makro - Galaxy J5 (2016)
Makro – Galaxy J5 (2016)
Makro - Galaxy J7 (2016)
Makro – Galaxy J7 (2016)

 

Outdoor - Galaxy J5 (2016)
Outdoor – Galaxy J5 (2016)
Outdoor - Galaxy J7 (2016)
Outdoor – Galaxy J7 (2016)

Perbezaan warna dan tona jelas kelihatan, kamera Galaxy J7 (2016) mempunyai hasil gambar yang lebih cerah dan warna yang lebih mirip dengan objek sebenar. Kamera Galaxy J5 (2016) pula menghasilkan tona warna yang lebih sejuk dan agak lari sedikit dengan warna asal objek, namun ini bergantung kepada cita rasa anda kerana sesetengah orang gemarkan gambar yang bertona sejuk. Keseluruhannya kualiti dan butiran gambar yang dihasilkan dari kedua-dua model smartphone amat baik ketika berada di kawasan yang cerah. Penukaran fokus juga pantas ketika anda menggerakkan viewfinder dari satu objek ke objek lain.

Selfie - Galaxy J5 (2016)
Selfie – Galaxy J5 (2016)
Selfie - Galaxy J7 (2016)
Selfie – Galaxy J7 (2016)

 

 

 

 

 

 

 

Kamera hadapan kedua-dua model menghasilkan kualiti imej yang sama, subjek di dalam gambar masih jelas namun agak kurang dari segi details dan ketajaman gambar.

 

PERISIAN

Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) beroperasi menggunakan Android 6.0.1 (Marshmallow), ia merupakan versi terbaru Android yang kemas, smooth dan ringan, Samsung juga mengenakan modifikasi TouchWiz pada sistem operasi kedua-dua model, oleh itu anda dapat melihat aplikasi dan beberapa fungsi yang ada di dalam smartphone ini sama seperti model-model Samsung yang lain. Walaupun begitu, model siri J pada tahun ini sedikit istimewa dengan fungsi yang baru, bahkan fungsi tersebut tidak ditawarkan kepada model flagship seperti Samsung Galaxy S7 Edge.

Fungsi Ultra Data Saving Mode

Mod ini membolehkan anda menjimatkan penggunaan data Internet anda dengan menghadkan beberapa operasi aplikasi yang menggunakan sambungan Internet dan juga memampatkan data yang keluar masuk dari sambungan Internet anda.

ultra-data-saving

  1. Swipe turun (2kali) bar notifikasi untuk memaparkan tetapan.
  2. Tap ikon Ultra data saving dan pilih Enable untuk mengaktifkan fungsi ini.
  3. Swipe turun bar notifikasi dan tap kad Ultra data saving mode untuk mengakses menu fungsi ini.
  4. Di dalam menu ini anda boleh menetapkan fungsi mampatan data dan juga menghadkan operasi sesetengah aplikasi.

 

Fungsi S bike mode

Fungsi ini digunakan untuk melatih anda mempraktikkan pemanduan dan penunggangan yang selamat. Fungsi ini akan menapis segala panggilan dan aktiviti pada smartphone anda supaya anda kekal fokus ketika menggunakan kenderaan, tidak kisah motor atau kereta. Sebaik sahaja peranti mengesan anda sudah berhenti dan selamat untuk menggunakan smartphone ia akan memaparkan notifikasi ringkas aktiviti smartphone. Untuk memudahkan lagi, aplikasi ini boleh disambungkan dengan pelekat NFC bagi memudahkan pengaktifan mod.

s-bike

  1. Swipe turun (2 kali) bar notifikasi untuk memaparkan tetapan.
  2. Tap ikon S bike model-model dan benarkan semua akses yang diminta.
  3. Paparan anda akan kelihatan seperti ini sebaik sahaja mod ini diaktifkan, sekiranya anda mahu nyah aktif S bike mode, anda perlu tap dan hold ikon yang berada di tengah-tengah skrin.

Kedua-dua model dilengkapi aplikasi pra sedia dari Samsung dan juga Microsoft.  Aplikasi-aplikasi tersebut tidak boleh dibuang dari peranti. Jika anda seorang yang tidak gemarkan aplikasi pra-sedia anda boleh nyah aktif aplikasi-aplikasi tersebut dan ia akan hilang dari paparan menu aplikasi. Sekiranya pada suatu masa anda mahu menggunakan kembali aplikasi tersebut, pergi ke bahagian Settings > Applications > Applications Manager, dari dalam menu tersebut cari semula aplikasi yang telah di nyah aktif dan aktifkan semula.

 

PRESTASI

Untuk melihat sejauh mana perbezaan prestasi antara kedua-dua peranti, editor menjalankan ujian benchmark menggunakan aplikasi AnTuTu. Hasil ujian menunjukkan perbezaan yang ketara di antara Galaxy J5 dan J7. Skor yang jauh lebih tinggi telah dicatatkan model Galaxy J7 (2016), skor CPU dan RAM menunjukkan ia lebih berupaya dalam pemprosesan aplikasi dan tugasan.

(Kiri) Skor AnTuTu Benchmark Galaxy J5 (2016) (Kanan) Skor AnTuTu Benchmark Galaxy J7 (2016)
(Kiri) Skor AnTuTu Benchmark Galaxy J5 (2016) (Kanan) Skor AnTuTu Benchmark Galaxy J7 (2016)

Berdasarkan penggunaan harian, editor juga mendapati bahawa Galaxy J7 (2016) lebih responsif dan pantas ketika melakukan sesuatu perkara. Namun ini tidak bermakna Galaxy J5 (2016) tidak bagus, namun perbezaan responsif dan kepantasan aplikasi bekerja dapat dirasakan di antara kedua-dua peranti, prestasi baik yang ditunjukkan Galaxy J7 (2016) adalah kerana ia memiliki cip pemproses yang lebih baik dari model Galaxy J5 (2016).

Kedua-dua peranti sesuai digunakan secara kasual dan tidak terlalu berat prosesnya. Editor mendapati kedua-dua model mempunyai sedikit masalah jika banyak aplikasi dibiarkan aktif. Masalah stutter juga timbul apabila melayari laman web di peranti ini, boleh dikatakan Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) kurang efektif dalam mengendalikan banyak tab laman web pada satu-satu masa.

bateriSalah satu aspek yang editor kagumi pada kedua-dua model ini adalah ketahanan baterinya. Dengan kapasiti 3100mAh dan 3300mAh, Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) mampu beroperasi lebih lama dari jangkaan editor, walaupun editor mengaktifkan fungsi mobile hotspot, bermain permainan dan melayari laman web, kadar penurunan kapasiti adalah jauh lebih rendah dari peranti lain.

 

audioSatu perkara yang editor ingin ketengahkan adalah isu audio pada kedua-dua model, oleh kerana unit speaker model ini terletak di bahagian belakang, kelantangan audio yang didengari ketika memainkan muzik dan menonton video adalah rendah, semasa menonton video YouTube, amat sukar untuk mendengar perbualan orang di dalam video tersebut.

 

RUMUSAN

Pro
  • Paparan Super AMOLED
  • Ketahanan bateri
  • Rangka besi dan reka bentuk kemas
Kontra
  • Tiada fungsi auto brightness
  • Kelantangan audio kurang baik
  • Kamera hadapan berkualiti sederhana
Selepas menggunakan kedua-dua peranti, kami dapat rasakan bahawa Galaxy J5 (2016) dan J7 (2016) amat sesuai bagi mereka yang kerap menggunakan data Internet dan mahu menjadikan smartphone mereka sebagai peranti hotspot, ini kerana model J pada tahun ini mempunyai fungsi data saver yang mampu menjimatkan data Internet anda dan juga prestasi bateri yang amat baik, ia mampu bertahan lama walaupun digunakan sebagai akses hotspot untuk jangka masa yang lama.
You might also like