Ditto Sudah Muncul Di Dalam Pokemon GO!

2Ditto mungkin salah satu Pokemon yang unik dan menjadi buruan ramai trainer tegar Pokemon GO. Ditto mempunyai kebolehan meniru rupa, skills dan kuasa Pokemon lain, menjadikannya antara Pokemon yang versatil.

Niantic dilaporkan telah memasukkan Ditto ke dalam Pokemon GO untuk ditangkap, namun ia bukanlah tugas yang mudah untuk menangkap Pokemon ini. Anda tidak dapat melihat Ditto di dalam peta permainan kerana ia menyamar sebagai binatang lain. Boleh jadi ia menyamar sebagai Pidgey, Ratata dan lain-lain, jadi anda perlu menangkap sebanyak mungkin Pokemon yang anda dapat lihat di dalam permainan bagi meningkatkan peluang anda mendapatkan Ditto.

1Apabila anda sudah mendapatkan Ditto, anda boleh bawanya ke dalam pertarungan dan ia secara automatik akan meniru Pokemon pertama yang menjadi lawannya. Jikalau lawan anda juga meletakkan Ditto sebagai Pokemon pertama, kedua-duanya akan kekal sama.

Okay, bersiap sedia semua untuk memburu Ditto!

You might also like