Kemas Kini YouTube Pada Android Sedia Menyokong Paparan 16:9, 18:9

Peranti dengan paparan hampir penuh di depan kini menjadi ikutan kepada kebanyakan pengeluar telefon pintar global. Berikutan perkara ini, YouTube kini mengemas kini aplikasi mereka dengan menambah sokongan terbaru untuk skrin dengan nisbah 16:9 ke atas. Ia juga termasuk skrin 18:9 yang semakin popular digunakan.

Contoh paparan penuh pada YouTube

Sebelum ini, peranti Samsung Galaxy menyediakan UI khusus untuk menonton video pada keseluruhan skrin tetapi ada sesetengah pengeluar masih tidak menyokongnya lagi.

Jadi dengan ciri Pinch-to-zoom ini, pengguna kini boleh menikmati video yang lebih imersif tanpa bingkai hitam yang menjengkelkan. Bagaimanapun, video yang dimainkan akan di crop secara automatik.

Ciri terbaru ini hanya terdapat pada YouTube versi 12.44 pada telefon pintar Android dengan skrin bernisbah 16:9 ke atas. Kemas kini ini akan tersedia kepada pengguna secara berperingkat-peringkat.

You might also like