[ Hands-On! ] ASUS ZenBook 13 (UX333) Hadir Warna Baharu – Burgundy Red Lebih Elegan

1426
- Iklan -

ASUS Zenbook 13 yang sebelum ini telah kami membuat ulasan, kini disambut dengan warna baharu yang lebih elegan, iaitu Burgundy Red.

[ BACA ULASAN: ASUS ZenBook 13, Kecil Bukan Sebarang Kecil ]

Komputer riba ini bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang berkuasa, juga mempunyai reka bentuk yang bergaya amat sesuai bagi kaki stylo masa kini.

Spesifikasi dalaman tetap sama selain warna baharu dilancarkan, antaranya sokongan Intel Core i5/i7 generasi ke-8, DDR4 RAM 8GB, storan dalaman SSD PCIe 512GB, kad grafik NVIDIA GeForce MX150, paparan skrin 13.3 inci dengan berat badan hanya 1.19kg.

ASUS ZenBook 13 (UX333) boleh dibeli dengan tawaran harga RM4,499 bagi varian Intel Core i5, manakalan RM4,999 untuk varian Intel Core i7.