
Konfem? Pendedahan Modul iPhone 12 Pro Max?! Kembali Ke Reka Bentuk Klasik!
Siri iPhone 12 tidak pernah berhenti pendedahannya, terkini sebilangan gambar modul peranti yang dipercayai adalah iPhone 12 Pro Max telahpun dikongsikan oleh Slashleaks di Twitter. Menurutnya, kesahihan gambar tersebut adalah 67%.
Melalui perkongsian gambar, reka bentuk hadapan iPhone 12 Pro Max serupa dengan siri iPhone 11 yang mana tetap menggunakan rekaan takuk di paparan skrin, bahagian sisi pula menggunakan rekaan seakan iPhone 4 yang lebih klasik.
Mengikut apa yang dikongsikan sebelum ini, iPhone 12 Pro akan mempunyai 2 varian iaitu 6.1 inci dan 6.7 inci dengan skrin OLED baharu. Spesifikasi lain termasuk cip pemproses A14, tri-kamera utama dan sokongan 5G. Siri iPhone 12 dijangka akan diumumkan secara rasmi sekitar September 2020.
BACA JUGA:
Gambar Acah iPhone 12/12 Pro/SE2 Tertiris! Butang Home Kembali Pada iPhone SE2?!

