
Snapdragon 720G, 662 & 460 Diperkenal – Dilengkapi Sambungan WiFi 6 & Bluetooth 5.1

Qualcomm hari ini muncul dengan tiga lagi pengenalan cip pemproses terbaharu – Snapdragon 720G, Snapdragon 662 dan Snapdragon 460. Cip pemproses ini berfokuskan kepada peranti kelas pertengahan dan ketiga – tiganya menerima peningkatan yang ketara termasuk sokongan sambungan WiFi 6 (WiFi 802.11ax) dan Bluetooth 5.1.
Snapdragon 720G
Snapdragon 720G adalah pengganti kepada Snapdragon 710 dan Snapdragon 712 – dimana ia merupakan cipset dengan binaan 8nm baru dengan teras 2x Kryo 465 Performance Core (ARM Cortex-A76) @ 2.3GHz dan 6x Kryo 465 Efficiency Core (ARM Cortex-A55) @ 1.8GHz. Pemproses ini juga mempunyai ciri-ciri Elite Gaming seperti sokongan HDR, Audio Adaptive Qualcomm aptX dan grafik yang lebih lancar.

Snapdragon 720G dibekalkan dengan GPU Adreno 618 dan menyokong penyimpanan UFS 2.1 dengan maksimum RAM 8GB. Ia juga mempunyai menyokong paparan maksimum sehingga 2520 x 1080 pada 90Hz / 120Hz dengan HDR10. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong Qualcomm Quick Charge 4+.
Snapdragon 662
Snapdragon 662 adalah yang pertama dalam Snapdragon 6-siri yang menyokong penyimpanan imej dalam format HEIF – membolehkan foto berkualiti tinggi pada separuh saiz. Ia adalah pemproses binaan 11nm dengan teras 4x Kryo 260 Performance Core + 4x Kryo 260 Efficiency Core @ sehingga 2.0GHz. Ia mempunyai GPU Adreno 610, AI – Hexagon 683 (Qualcomm Sensing Hub) dan ISP – Spectra 340T ISP.

Ia menyokong paparan FHD+ (2220 x 1080) pada 60Hz sahaja dan penyimpanan emmC serta UFS 2.1. Terdapat modem Snapdragon X11 LTE dengan kelajuan downlink sehingga 390Mbps dan kelajuan uplink sehingga 150Mbps. Tidak ketinggalan, ia menyokong Quick Charge 3.0.
Snapdragon 460
Snapdragon 460 adalah pemproses baru dibina pada nod 11nm. Ia mempunyai 8x Kryo 240 @ sehingga 2.3GHz yang dipasangkan dengan GPU Adreno 610. Qualcomm mendakwa ia memberikan peningkatan prestasi sehingga 70% berbanding generasi terdahulu.

Pemproses ini menyokong paparan dengan resolusi maksimum 2220 x 1080 pada 60Hz. Ia juga menyokong penyimpanan eMMC dan UFS 2.1. Ia mempunyai Hexagon 683 AIE DSP dan Spectra 340 ISP dengan sokongan untuk penangkapan foto HEIF. Tidak ketinggalan, ia menyokong Quick Charge 3.0.
Apa yang lebih menariknya, CEO realme dikatakan telah berkongsi khabar gembira dengan mengesahkan bahawa mereka akan menjadi antara pengeluar terawal yang bakal muncul dengan peranti dikuasai oleh cipset Snapdragon 720G. Coming soon!

