
Pendedahan Terkini! iPhone 12 Pro Max Sokong Cip 5nm Apple A14 + 3x Zum Optikal Tri-Kamera
Siri iPhone 11 tidak lama sahaja dilancarkan, pelbagai rekaan konsep siri iPhone 12 sudahpun tersebar-sebar di laman sesawang. Terkini, iPhone 12 Pro Max tampil pula pendedahan baharu dengan rekaan dan spesifikasi yang lebih jelas.
Menurut sumber, iPhone 12 Pro Max menggunakan paparan skrin penuh bertakuk lubang kecil, 6.7 inci skrin, pengimbas cap jari pada skrin, dan dilengkapi cip pemproses 5nm Apple A14 terkini bersama 3x zum optikal tri-kamera.
Melalui gambar perkongsian, iPhone 12 Pro Max terdapat banyak elemen yang peminat Apple dikenali contohnya bahagian sisi yang seakan iPhone 5, kesan matte pada panel belakang yang berupa iPhone 11 Pro.
Tri-kamera pada iPhone 12 Pro Max dijangka akan menggunakan gabungan 12MP + 12MP telephoto + 16MP ultra wide-angle, di samping turut hadir dengan sensor ToF dan menyokong 3x zum optikal.
______________________
BACA JUGA:
- Gambar Acah iPhone 12/12 Pro/SE2 Tertiris! Butang Home Kembali Pada iPhone SE2?!
- Barisan ‘iPhone 12’ Dijangka Hadir Dengan Skrin Lebih Besar & Teknologi OLED Yang Berbeza
- Reka Bentuk iPhone 12 Terdedah! Kali Ini Empat Kamera!

