Akhirnya, Moto Z Masuk Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

2
Jemputan rasmi telah diterima baru-baru tadi. Kita jumpa nanti ya~

Rasanya macam dah lama semenjak siri Moto Z diumumkan, pasaran Malaysia ternanti-nantikan peranti ini dan akhirnya kita sudah mendapat tarikh pelancarannya yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini.

Moto Z dilengkapi skrin 5.5 inci QHD AMOLED dan dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dengan sokongan 4GB RAM dan 64GB ROM. Spesifikasi yang hebat ini juga disertakan sekali konsep modular yang unik di mana terdapat pelbagai aksesori pihak ketiga dibangunkan khas bagi Moto Z, antaranya adalah Hasselblad True Zoom, JBL SoundBoost dan banyak lagi.

Lenovo-Hasselblad-True-Zoom-Lens-Moto-Mod-1Moto Z hadir bersama variasi Moto Z Force dan Moto Z Play, namun masih belum dapat dipastikan sama ada variasi ini akan dilancarkan sekali pada minggu hadapan. Nantikan perkembangan pelancaran ini dari kami 31 Oktober nanti.

You might also like