Shopee Umum ‘Program Waranti Perlindungan Aplikasi’ Bagi Peranti HUAWEI


Shopee dengan kerjasama syarikat pengedar dan pembekal telefon pintar telah memperkenalkan program App Protection Warranty (waranti perlindungan aplikasi).

Program ini akan memastikan pelanggan yang membeli peranti dari peruncit di Shopee dari 1 Julai sehingga 30 September 2019 akan menerima bayaran balik jika terdapat mana-mana aplikasi Google Play Store, Gmail, Google Map, Google Gallery, Chrome, Youtube, Facebook, Instagram dan Whatsapp gagal untuk berfungsi dalam tempoh waranti pengilangan tersebut.

Melalui inisiatif ini, Shopee ingin mengatasi kebimbangan pengguna dan memberi jaminan kepada mereka bahawa Shopee sentiasa menjaga keperluan pelanggannya.

Berikut adalah peranti yang tertakluk bagi program App Protection Warranty:

Telefon Pintar

P20, P20 Pro, P30, P30 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Nova 3, Nova 3i, Nova 4, Nova4E, Y Max, Y5 2019, Y5 Prime 2018, Y6 2018, Y7 Pro 2019, Y9 2019, Y9 Prime 2019

Tablet Mediapad M5 Pro, M5, M5 Lite 10, M5 Lite 8, T3 7, T5 10

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang Shopee.

You might also like