Maxis Bantu Ringankan Beban Golongan OKU Dengan Beri Rebat Menerusi ‘Hotlink Postpaid Flex Plan With More Data’

Maxis pastinya tidak lupa untuk meringankan beban pelanggan Orang Kurang Upaya (OKU). Pelanggan OKU yang mendaftar untuk pelan Hotlink Postpaid Flex plan with More Data pada harga RM40 akan menikmati rebat bulanan sebanyak RM10 seumur hidup.

Justeru dengan RM30, pelanggan yang mempunyai kad OKU bakal menikmati data 5GB serta panggilan dan SMS tidak terhad ke semua rangkaian apabila mereka mendaftar.

Pelanggan boleh mendaftar di mana-mana pusat Maxis atau rakan niaga eksklusif Maxis. Apa yang perlu mereka lakukan adalah dengan mempamerkan kad pengenalan (MyKad) dan kad OKU semasa mendaftar.

Bagi mereka yang sudah mendaftar, anda boleh memohon di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Niaga Eksklusif Maxis. Bagi pelanggan OKU yang melanggan pelan lain, anda perlu mendaftar pelan Hotlink Postpaid Flex with More Data untuk menikmati rebat ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Maxis.

You might also like