Honor Umumkan Penurunan Harga Honor View10 Dan Honor 7X Sebanyak RM200!

Honor Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga untuk dua buah peranti iaitu Honor View10 dan Honor 7X. Bermula hari ini, Honor View10 dan Honor 7X boleh dibeli dengan harga lebih rendah iaitu RM1,899 dan RM899 seunit. Sebelum ini kedua-duanya dijual pada harga RM2,099 dan RM1,099, sekaligus menjadikan penurunan harga sebanyak RM200 setiap satu.

Honor View 10 hadir dengan spesifikasi kelas atasan yang dilengkapi skrin 5.99” FullView Display FHD+, dikuasakan cip pemproses Kirin 970, RAM 6GB, dan storan 128GB. Dioperasikan Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0, peranti ini sangat sesuai kepada mereka yang tergolong sebagai pengguna ‘hardcore’.

Manakala Honor 7X pula mensasarkan pengguna yang inginkan peranti pada harga dibawah RM1,000. Peranti ini dibekalkan paparan 5.93” FullViewDisplay FHD+ yang ditemani cip pemproses Kirin 659, RAM 4GB, dan storan 64GB. Dijana dengan bateri sebesar 3,340mAh, ia merupakan sebuah telefon pintar di bawah kelas pertengahan.

Pembelian Honor View10 dan Honor 7X boleh dibuat secara terus di Lazada, 11street, Shopee, atau Vmall.

Baca juga :

  1. Reviu Eksklusif (Bah. 1): honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9
  2. Reviu Eksklusif (Bah 2): honor 7X, Prestasi Kamera & Benchmark
  3. Reviu Eksklusif (Bah 1): honor View 10, Peranti Serba Lengkap Dengan Cip Prestasi Tinggi
  4. Reviu Eksklusif (Bah 2): honor View 10, Telefon Pintar Flagship Mampu Milik!
You might also like