
ASUS telah melancarkan ZenPad 3S 10 LTE (Z500KL), sebuah tablet Android terbaru dari syarikat tersebut. ZenPad 3S 10 LTE direka dengan casis aluminium berketebalan 5.8mm dan mempunyai paparan 9.7 inci QXGA 2K (2048 x 1536 piksel).
asus ZenPad 3S 10 LTE sudah mula dijual di dalam pasaran Malaysia pada harga RM 1,799, termasuk folio cover.
ZenPad 3S 10 LTE adalah sebuah tablet mudah alih berteraskan hiburan, ia dilengkapi teknologi ASUS Tru2Life yang memberikan paparan sinematik terbaik dan juga sistem audio 7.1 channel yang amat lantang dan jelas. ZenPad 3S 10 LTE juga menyokong ASUS Z Stylus, yang memberikan rasa semula jadi penggunaan pen ke atas kertas untuk memudahkan tugasan produktiviti anda.
ZenPad 3S 10 LTE juga dilengkapi dengan kapasiti bateri yang cukup besar. Dengan jumlah kuasa 7800mAh, tablet ini mampu beroperasi sehingga 16 jam secara berterusan. Selain itu, ia juga menyokong teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 yang memberikan cas penuh kepada bateri ini dalam masa 3 jam sahaja.
Spesifikasi
| Dimensi | 242.3 x 164.2 x 6.75 mm |
| Sistem Operasi | Android 6.0 Marshmallow |
| Paparan | 9.7 inci LED QXGA (1536 x 2048 piksel) IPS |
| CPU | Qualcomm MSM8956 Hexa Core, 1.8 GHz |
| Memori | RAM: 4GB LPDDR3 ROM: 32GB eMMC |
| Grafik | Adreno 510 |
| Kamera | Belakang: 8 Megapiksel Hadapan: 5 Megapiksel |
| USB | Type-C |
| Bateri | 7800mAh |



