
Viu
Pasaran aplikasi hiburan bertambah semarak selepas munculnya servis Netflix dan iflix, kini tampil lagi satu aplikasi hiburan yang dikenali sebagai Viu yang telah mendapat sambutan hebat sejak ia dilancarkan. Viu boleh diakses melalui smartphone, tablet atau desktop, kandungannya terdapat dalam Bahasa Inggeris, Korea, Tamil dan bahasa lain. Selain boleh menonton secara online, anda juga boleh memuat turun video yang disukai dalam format Definisi Standard (SD) atau Definisi Tinggi (HD) dan menonton secara offline pada bila-bila masa tanpa sebarang sokongan data atau WiFi. Sarikata turut ditawarkan untuk anda bagi video yang berbahasa lain. Dalam aplikasi Viu turut sertakan langganan VIU Premium, di mana hanya membuat langganan bulanan bernilai RM 10 maka boleh menikmati filem, muzik dan rancangan TV eksklusif selama sebulan.
Muat Turun:
- RM 0
- 20 MB
- Android 4.0 dan ke atas
- RM 0
- 37.3 MB
- iOS 8.0 dan ke atas