Terpadam Data Penting Di Dalam Peranti Android?! Dapatkannya Semula Dengan Bantuan Perisian Wondershare Dr.Fone

1. BANNERTerpadam data penting seperti album gambar percutian, teks mesej, rakaman video dan juga dokumen boleh membuatkan kita tidak tentu arah memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkannya semula bukan?! Usah risau kerana kini anda boleh mendapatkannya semula kesemua fail tersebut dengan bantuan perisian Dr.Fone dari Wondershare. Ingin tahu caranya, anda boleh melihat tutorial yang akan dikongsikan oleh editor seperti berikut…

Langkah 1

Langkah 1_edit

Selepas perisian Dr.Fone telah berjaya dipasang dan anda telah memiliki versi berbayar, lancarkan perisian Wondershare Dr.Fone pada komputer. Seterusnya sambungkan peranti Android anda ke komputer menggunakan kabel USB dan pastikan anda telah mengaktifkan mod USB Debugging pada peranti tersebut. Proses ini mengambil masa yang agak lama, jadi anda perlu bersabar.

Langkah 2

Langkah 2_edit

Sebaik sahaja peranti anda telah berjaya dikesan oleh perisian ini, ia akan memaparkan jenis data yang boleh anda boleh dapatkan semula. Setelah memilih jenis data yang diingini, klik butang Next.

Langkah 3

Langkah 3_edit

Paparan seterusnya akan memaparkan pilihan dua mod berbeza untuk proses Root. Anda disarankan untuk memilih Mod Standard kerana ia lebih cepat, tetapi sekiranya tidak berjaya anda boleh memilih Mod Advanced. Untuk meneruskan proses ini klik sahaja butang Start.

Langkah 4

Langkah 4_edit

Apabila berjaya di Root, perisian Dr.Fone akan memulakan proses carian semula kesemua data yang telah dipadam sebelum ini. Proses ini mengambil masa beberapa minit dan anda perlu menekan butang “Allow” untuk memberi kebenaran Superuser apabila tetingkap mesej itu dipaparkan.

Langkah 5

Langkah 5_edit

Selesai sahaja proses carian, paparan Dr.Fone akan menyenaraikan kesemua data yang telah dijumpai dalam bentuk previu. Tandakan data mana yang ingin anda dapatkan semula pada kotak yang disediakan dan diikuti dengan klik pada butang Recover untuk menyimpan data tersebut ke dalam komputer anda.

Muat Turun Perisian Wondershare DR.Fone V6.0.3

Windows

Mac

PERHATIAN!

  • Tidak semua peranti Android boleh menyokong perisian ini, jadi anda boleh menggunakan versi percubaan terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia boleh disokong ataupun tidak.

  • Untuk pengetahuan anda, perisian ini perlu dibeli bagi membolehkan anda menggunakan fungsi ‘Recovery’ untuk mendapatkan semula kesemua data atau fail yang telah terpadam sebelum ini.

  • Proses ‘Recovery’ ini akan menjalankan proses Root pada peranti anda dan ini sekaligus akan membatalkan jaminan waranti.

You might also like