
Bertempat di TOKB Cafe Petaling jaya, Plantronics telah menjemput para media untuk sama-sama memeriahkan pelancaran dua model terbarunya yang diberi nama BACKBEAT GO 3 dan juga VOYAGER 5200. Kedua-duanya merupakan versi peningkatan yang diperkenalkan sebelum ini.
BACKBEAT GO 3 telah direka khas untuk memenuhi keperluan golongan individu yang aktif, di mana anda boleh mendengar muzik kegemaran tanpa gangguan kabel. Selain meyediakan butang pintas untuk memudahkan anda mengawal muzik tanpa perlu mengguna smartphone, BackBeat GO 3 turut menawarkan masa mendengar muzik selama 6.5 jam.
Manakala masa mengecas pula sehingga 2.5 jam. Earphone ini didatangkan dengan sebuah case yang boleh mengecas, tetapi ianya dijual secara berasingan. Boleh diletakkan dalam jarak 10 meter daripada smartphone, BackBeat GO 3 masih mampu beroperasi dengan baik walaupun di dalam situasi angin kencang, hujan lebat, ribut petir dan juga berpeluh.
Model VOYAGER 5200 pula hadir dengan teknologi pembatalan bunyi yang dipanggil ‘WindSmart’. Ia direka untuk mereka yang bekerja di kawasan terbuka atau persekitaran yang berangin dan bising, kerana peranti ini mampu menghilangkan gangguan latar ketika menjawab panggilan ataupun mendengar muzik.
Lebih menarik, ia secara automatik akan mute/pause apabila anda menanggalkan VOYAGER 5200 daripada telinga dan sebaliknya apabila memakainya semula. Menawarkan masa berbual selama 7 jam dengan masa meunggu sehingga 9 hari, peranti ini juga didatangkan dengan pengecas yang dijual secara berasingan.
Kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Harga yang ditawarkan oleh BACKBEAT GO 3 adalah USD 99.99 (kira-kira RM 395) dan USD 129.99 (kira-kira RM 513) bersama sebuah case yang boleh mengecas. Untuk model VOYAGER 5200 pula, ia dijual pada harga USD 119.99 (kira-kira RM 473) dan case dijual pada harga USD 39.99 (kira-kira RM 158).