
YEAY! Fallout Shelter Versi PC Dah Sampai!
Siapa main Fallout Shelter kat smartphone korang? Best kan? Mula-mula main mesti okay, tapi lepas tu jenuh nak kawal semua bilik sebab dah banyak sangat, skrin pun kecik je nak tengok penghuni kubu kebal kita.
Lepas ni tak payah lagi susah payah nak main kat skrin kecik, Bethesda (pembangun permainan) sudah pun melancarkan Fallout Shelter versi PC. Menurut Bethesda, permainan ini dah dimainkan lebih 50 juta orang di seluruh dunia pada platform Android dan iOS, dan kini mereka berjaya membawakan permainan popular tersebut ke PC, tahniah Bethesda.
Nak download? Nah, inilah dia!